Monday, May 21, 2007

rumput ng org yg kite syg....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas TERUTAMANYA IBUBAPA KITA...

'tak terasa bila dia pergi
tapi sayu bila dia tak kembali
mencarinya dgn hati yg suci lebih indah daripada memiliki tapi tidak menghargai.
dia datang tanpa seruan
dia pergi tanpa alasan
kejarlah dia sblm hilang dr pandangan
kerana hadirnya adalah anugerah yg tiada bandingan'
-ain-

cite ni da bersepah2 kt bulletin board friendster. normally buletin kt fs aku pndang sebelah mata je. tp yg ni cam best je...maaf ye penulis..PLAGIARISM..{bunyi cam biase buat je}
xpatot samakn org yg kite syg ng rumput..ade ke....!

ps: klo msuk turnitin, confirm 100% plagiarism..MERAH!!!!

6 comments:

Anak Singa said...

mati2 aku ingat cikgu kau cakap macam tu. baru nak terharu. btw, thanks for d update. mesti next update adalah sekurun selepas entri copy ini. haha...

adLYNNa's said...

hehehehe..
klo nk terharu ape slhnye..
ko ni xde xm ke?
ber'blog' je keja..

Anak Singa said...

exam ada.blog pun ada.bukannye sepenuh mase berblog.huhu

Anonymous said...

hmmm..aku raser budak tuh syg cekgu dia aaa...dia ikoot jek ckp cikgu tuh soh cr rumput. Kalo aku dh request lepak kt starbucks usha org plg cantik tanpe mempedulikkan mamat bebulu yg dok kat blakang /*x hengen pon aku toleh*/

ps: whey sweetie mlm smlm toleh blakang nampak ;;) =p

ihsan_huhu said...

assignment neuroscience terkini aku.. 90% plagiarism.. reference pon aku pow..

tp xkantoi..

dan pass pulak tuh

wahuahuahuahauhauhau

adLYNNa's said...

mrjournal : suke hati ko la aslkn ko bahagia.

madmike : /*xhengen pn aku toleh mamat berbulu yg dk kt blkng*/
ps:/sum1 watching over me...

ihsan : sesungguhnya anda terlalu bijak mengendalikan bab plagiarism..tips?